SUMBANGAN DANA PADANG BOLA JARING & AKTIVITI SUKAN
KUTIPAN SEMASA
RM {nilai_semasa}
SASARAN KUTIPAN
RM {nilai_sasaran}
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU) sedang melancarkan kempen Sumbangan Dana Padang Bola Jaring dan Aktiviti Sukan. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan ikhlas daripada tuan/puan bagi melengkapi keperluan fasiliti sukan ini, sekali gus memberikan ruang beriadah yang lebih selamat buat para pelajar.

Sumbangan yang tuan/puan salurkan akan digunakan sepenuhnya untuk kerja-kerja menaik taraf tapak di Tanah Lot 125, meratakan permukaan tanah, penanaman rumput, mengecat garisan gelanggang, serta pembelian kelengkapan dan peralatan sukan. Pihak sekolah menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM20,000 bagi menjayakan projek ini.
Semoga dengan hasil sumbangan dan kemurahan hati tuan/puan akan menambahkan lagi keceriaan dan semangat kesukanan wira-wira kecil kita untuk terus melakar kejayaan, insya-Allah.